kehilangan yang amat sangat

assalamualaikum wbt

..rasa macam cepat sangat masa berlalu..mcm x percaya ia gak  …masih terngiang2 lagi di telinga aku terdengar suara arwah abah batuk dan mengeluh sakit dada…arwah abah mmg da lama sakit..sejak aku blum kahwin lagi..sentiasa keluar masuk hospital..dari badannya yg tegap sampai jadik kurus kering..arwah abah aku sakit jantung mgkn dulu dia seorang perokok yg tegar..

terus terang aku katakan bahawa xbanyak yg dapat lakukan terhadap arwah semasa arwah hidup sbb aku xrapat dgn arwah seperti aku manja dgn mak..tp alhamdullilah aku dapat menemaninya ketika arwah nazak..meminta maaf atas segala dosa2 aku selama ni terhadap arwah..memandang arwah ketika itu sgt pilu sbb xdapat aku rasakan betapa terseksanya  arwah dlm mengharungi saat2 getir tu…

arwah abah meninggal pada petang hari jumaat , 22/5/2009  di hospital dan jenazah arwah di kebumikan pada keesokan harinya iaitu pada jam 10.00 pagi di perkuburan islam bakri bt 6..alhamdullilah semua anak2 arwah yg seramai 11 org balik dan semuanya berjalan baik dan sempurna..semoga arwah abah diletakkan di kalangan org2 yg beriman dan soleh..al fatiha

p/s ………………………………………..

4 comments so far

  1. buzzybug on

    takziah utk kau satu family… moga arwah dicucuri rahmat dan di letakkan di kalangan orang2 beriman…

  2. cicak on

    Yg hidup pasti mati…
    takziah ..

  3. Mohd Hafizd on

    semoga Allah mencucuri roh allahyarham..amin.

  4. isnsuhada on

    terima kasih kawan2 atas keperihatinan ini.. moga arwah abah saya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan org2 yg beriman..amin


Tinggalkan maklum-balas