meh main masak2 siri II
assalamualaikum wbt
smlm rasa macam nk sangat mkn chicken chop..dan oleh sbb aku pun agak rajin petang tu ..jadik balik2 dari kerja tu..aku trus bukak buku resepi hikmat aku tu..(mmglah boleh beli , senang x byk kerja tp kan aku da ckp..aku amat rajin semalam)…huhuhuhu kebetulan semua bahan ader dlm esbok aku tu..lagi memudahkan kerja..
so ni lah hasilnya…taraaaa Chicken Chop ala aku yg masak !

hehehe.. gravy tu agak byk cendawannya..opss terlebey sudah! nasihat aku baik guna bahagian dada ayam..senang nk buat drp bahagian peha tu..nk buang tulang lagik..uii ,,antara side dish yg aku buat ialah salad kentang dgn brokoli + baby carrot rebus! ermm mmg kenyang giler aa..nk kuah lebey pun boleh tambah lagi almaklumlah masak sendiri kannn..hehehehe
so ni resepinya tuan2 dan puan2…
bahan2 mengoreng ayam
Daging ayam ~ ambil bahagian dada or peha
Satu biji telur
Serbuk roti
cara2nya
~ basuh ayam, toskan hingga kering
~celupkan dgn telur, kemudian golekkan diatas serbuk roti tadi
~goreng dgn api perlahan, angkat dan toskan
bahan2 dan cara2 untuk membuat gravy cendawan
1 bawang besar ( cincang halus )
2 bawang putih ( cincang halus)
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk lada hitam
1 paket sup cendawan ( beli yg instant jerk)
4 biji cendawan butang( dihiris halus )
½ biji kiub ayam
1 sudu tepung jagung
Garam/gula
¼ mentega untuk menumis
cara2nya ~
~cairkan mentega dan tumiskan bawang besar dan putih yg dicincang tadi sehingga naik baunya, bila da layu masukkan air dan juga kiub ayam tadi.
~bila pekat masukkan sup cendawan yg telah dibancuh, cendawan butang, serbuk lada hitam,lada sulah, & garam/gula.
~biarkan mendidih, dan masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga menjadi pekat yg dikehendaki..angkat da tuang ke atas daging ayam td.
bahan2 dan cara2 membuat salad kentang
2 biji kentang ~ kupas kulitnya dan rebus hingga empuk, toskan
daun bawang ~ potong halus
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu serbuk lada sulah
garam
cara2nya
~ gaul mayonis, lada sulah, daun bawang serta garam bersama..
~ masukkan kentang yg ditlh ditoskan
~siap untuk dihidang
Untuk hiasan~membangkitkan selera yg tgh membuak2
brokoli + baby carrot ( dicelur separuh masak ), toskan
timun,daun salad dan tomato
arhh da siap punn..so sesapa rasa nk mencuba tu sila2kanlah ekk
p/s hehehehe pasni menu apa plak??
2 comments so far
Tinggalkan maklum-balas
waaa..ini sudah bagus…best2.. O/ sukenye ngn makanan2…hehe
huhu..ader masa leh aa cuba..hee